BN Perlis tampil 5 muka baharu tanding DUN

BN Perlis tampil 5 muka baharu tanding DUN

Muka baharu itu termasuk setiausaha akhbar menteri besar Perlis dan ketua Pemuda Umno Arau.

Ketua Umno Perlis Azlan Man bersama calon Barisan Nasional ketika sidang media pengumuman calon DUN Perlis sempena PRU15 malam tadi. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan lima muka baharu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Mereka ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis, Saiful Daniel Mohd Yusof bagi kerusi DUN Sena, Ketua Pemuda MCA Padang Besar Lim Weng Khee (Indera Kayangan), Ahli Jawatankuasa Umno Kangar Kamarudin Malek (Kuala Perlis), Ketua Pemuda Umno Arau Syed Atif Syed Abu Bakar (Pauh) dan Ahli Jawatankuasa Umno Arau Sharifudin Ahmad (Sanglang).

Ketua Umno Perlis, Azlan Man, berkata perubahan dilakukan itu bersifat evolusi tanpa mengganggu-gugat perjalanan parti di negeri berkenaan.

Berikut senarai calon BN bagi kerusi DUN Perlis:

  • Titi Tinggi – Teh Chai Aan
  • Beseri – Ruzaini Rais
  • Chuping – Asmaiza Ahmad
  • Mata Ayer – Siti Berenee Yahaya
  • Santan – Azizan Sulaiman
  • Bintong – Azlan Man
  • Sena – Saiful Daniel Mohd Yusof
  • Indera Kayangan – Lim Weng Khee
  • Kuala Perlis – Kamarudin Malek
  • Kayang – Hamizan Hassan
  • Pauh – Syed Atif Syed Abu Bakar
  • Tambun Tulang – Ismail Kassim
  • Guar Sanji – Rozieana Ahmad
  • Simpang Empat – Nurulhisham Yaakob
  • Sanglang – Sharifudin Ahmad

Pada malam Selasa lalu, BN mengumumkan tiga calon Parlimen di Perlis yang terdiri daripada Zahida Zarik Khan (Padang Besar), Fathul Bari Mat Jahya (Kangar) dan Rozabil Abd Rahman (Arau).

Pengumuman calon Parlimen itu menyaksikan dua bekas penyandang Shahidan Kassim dan Zahidi Zainul Abidin masing-masing digugurkan di Arau dan Padang Besar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.