
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berkata, perkhidmatan itu ditawarkan atas dasar siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan tempat.
Dua lagi NGO yang terbabit dalam inisiatif itu ialah Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur serta Sayangi Kinrara.
Pengerusi Jawatankuasa Hak Awam KLSCAH, Liau Kok Fah berharap inisiatif itu akan menggalakkan rakyat untuk pulang ke kampung mengundi.
“Dengan berbuat demikian, mereka boleh melaksanakan tanggungjawab sivik dan menentukan masa depan parti politik dan negara,” katanya.
Liau berkata, beberapa bas akan bertolak dari Dewan Masyarakat BK2 di Puchong pada 8 malam 18 Nov ini ke Tangkak, Yong Peng, Johor Bahru, Pontian, Muar, Batu Pahat, Kuantan, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Alor Setar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Perjalanan pulang secara percuma pula pada 6 petang 19 Nov ini.
Penduduk yang berminat boleh menempah tempat duduk di https://bit.ly/3sQecj7.
Tarikh tutup pendaftaran pada 16 Nov ini.