Nancy mungkin tanding di Santubong

Nancy mungkin tanding di Santubong

Naib Ketua Wanita PBB, Nancy Shukri, akan menggantikan Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berundur.

Sumber memaklumkan Nancy Shukri mungkin bertanding di Parlimen Santubong.
KUCHING:
Nancy Shukri dijangka menjadi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Parlimen Santubong, selepas poster pilihan raya menyatakan pencalonannya di kerusi P193 tular semalam.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ahli Parlimen Batang Sadong selama tiga penggal itu akan menggantikan penyandang empat penggal, Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berundur.

Wan Junaidi mengesyorkan setiausaha politiknya, Syed Hamzah Syed Paie menggantikannya sebagai calon Santubong pada PRU15.

Tetapi, GPS nampaknya memilih Nancy, 61.

Poster pilihan raya tular yang menyatakan pencalonan Nancy Shukri.

Dijangka pencalonannya diumumkan apabila Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, menerbitkan senarai calon untuk 31 kerusi Parlimen esok.

Wan Junaidi merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar selama tiga penggal dari 1990 hingga 2000, sebelum berpindah ke Santubong pada 2004.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.