FMT kerjasama dengan Utusan, China Press untuk liputan komprehensif PRU15

FMT kerjasama dengan Utusan, China Press untuk liputan komprehensif PRU15

Melalui kerjasama itu, pembaca akan mendapat pelbagai berita pilihan raya yang lebih mendalam, analisis dan berita pilihan raya terkini.

FMT menjalin kerjasama strategik bersama Utusan Malaysia dan China Press bagi memastikan liputan komprehensif PRU15.
PETALING JAYA:
Free Malaysia Today (FMT), salah satu portal berita terkemuka negara, menjalin kerjasama strategik bersama Utusan Malaysia dan China Press untuk liputan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kerjasama FMT dengan Utusan Malaysia dan China Press, yang juga portal berita bahasa Melayu dan Cina paling popular, akan melibatkan perkongsian kandungan eksklusif, termasuk wawancara, laporan langsung dan gambar dari seluruh negara.

Justeru, pembaca boleh mendapat pelbagai berita pilihan raya yang lebih mendalam, analisis dan berita terkini pilihan raya.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Mohamad Azlan Jaafar berkata mereka bangga bekerjasama dengan FMT bagi memastikan liputan terbaik untuk pembaca mereka.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Mohamad Azlan Jaafar (kiri) bersama Pengarang Berita FMT Robin Augustin.

“Ia akan membolehkan pembaca kami dari semua lapisan masyarakat mendapat perspektif dan pandangan yang lebih baik mengenai PRU15.”

Sementara itu, Ketua Pengarang Eksekutif China Press Lim Meng Piew berkata mereka menantikan kerjasama dengan FMT.

“Saya percaya kerjasama hebat ini akan memberi manfaat kepada pembaca kami dan memastikan mereka mendapat liputan terbaik salah satu pilihan raya terbesar yang pernah disaksikan di negara ini,” katanya.

Ketua Pengarang Eksekutif China Press Lim Meng Piew ((kiri) bersama Pengarang Berita FMT Robin Augustin.

Pengarang Berita FMT Robin Augustin berkata, kerjasama dengan Utusan Malaysia dan China Press akan membantu pembaca mendapat liputan menyeluruh mengenai pilihan raya.

“Ia akan menjadi pilihan raya yang ‘panas’ dan kami menjangkakan banyak aktiviti berlaku di seluruh negara, jadi kerjasama ini akan membolehkan kami memberi pembaca kami liputan terbaik dari lapangan.”

Pautan ke laman khusus PRU15 FMT, Utusan Malaysia dan China Press boleh didapati di sini:

FMT – https://malaysiavotes.freemalaysiatoday.com/

Utusan Malaysia – https://www.utusan.com.my/pru15/

China Press – https://live.chinapress.com.my/ge15/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.