Bekas KPN Hamid Bador tak tanding PRU15

Bekas KPN Hamid Bador tak tanding PRU15

Dr Mahathir Mohamad berkata, bekas ketua polis negara itu belum bersedia.

Abdul Hamid Bador disenarai pendek untuk bertanding di Rembau pada PRU15. (Gambar Bernama)
BANGI:
Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15, kata Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau tidak akan bertanding kerana belum bersedia,” katanya selepas mengumumkan senarai calon Gerakan Tanah Air (GTA) untuk 121 kerusi Parlimen di sini.

Sebelum ini, Hamid dilaporkan akan bertanding di Rembau, yang akan menyaksikan beliau menentang Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, susulan perbincangan dengan Mahathir.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, Hamid akan menjadi “giant killer” jika bertanding dalam pilihan raya.

Hamid merupakan ketua polis negara ke-12 dari Mei 2019, sebelum bersara pada Mei 2021.

Beliau yang berasal dari Rembau, mempunyai sebuah ladang di kampung halamannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.