Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X

Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Tony Fernandes mempunyai komitmen lain.

Tony Fernandes meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd.
KUALA LUMPUR:
Tony Fernandes meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.

AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.