
“Dalam disiplin parti itu perkara biasa. Dulu dalam ‘parti lama’ PAS, Yang Dipertua Agung (Mohd) Asri Muda pun diambil tindakan disiplin.
“Orang yang langgar disiplin (parti) akan diambil tindakan. Justeru ia perkara biasa,” katanya dipetik laporan Astro Awani.
Semalam dilaporkan bahawa Phahrolrazi dipecat daripada parti, berkuat kuasa serta-merta, susulan didapati melanggar perlembagaan parti, mengingkari keputusan parti, dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Phahrolrazi dipecat kerana cuba menghasut pimpinan dan ahli Amanah Kedah agar memboikot pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Khalid menyifatkannya sebagai tindakan sabotaj dan menjejaskan kepentingan Amanah dan Pakatan Harapan (PH).