Sultan Nazrin sertai larian bersama hampir 10,000 pelari

Sultan Nazrin sertai larian bersama hampir 10,000 pelari

Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah menyaksikan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bersama hampir 10,000 orang di Dataran Pavillion. (Gambar Bernama)
KUALA KANGSAR:
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bersama hampir 10,000 orang di Dataran Pavillion.

Turut serta puteri baginda, Raja Nazira Safya, dan adinda Sultan Nazrin, Raja Yong Sofia.

Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang akan disambut pada 4 Nov itu menyaksikan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, yang hadir seawal 6 pagi.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta larian bagi kategori 15km dan 10km manakala pelepasan larian bagi kategori tetamu kehormat melibatkan jarak 2.5km disempurnakan Raja Yong Sofia.

Di sepanjang larian, peserta melalui kawasan kampung di sekitar bandar ini yang menyajikan pemandangan menarik.

Pelbagai persembahan dan aktiviti menarik turut disediakan di sepanjang laluan larian antaranya stesen kuih-muih, permainan tradisional senapang buluh dan persembahan sewang Orang Asli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.