
Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan bersaing untuk kerusi yang sebelum ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen dua penggal Batu Kawan Kashturi Patto, yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU kali ini.
Chow sebelum ini adalah penyandang Parlimen Tanjong.
Senator Lim Hui Ying pula dinamakan sebagai calon DAP bagi kerusi Tanjong pada PRU15.
Sementara itu, ADUN Seri Delima Syerleena Abdul Rashid akan menjadi calon DAP bagi kerusi Bukit Bendera, yang dahulunya disandang oleh Wong Hon Wai.
Ketika diminta mengulas mengenai perubahan itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, Wong telah diamanahkan untuk “berkhidmat di Pulau Pinang” tetapi tidak memberikan sebarang butiran mengenai maksudnya.
Syerleena memberitahu pemberita bahawa dia tidak sabar untuk memperjuangkan isu pemerkasaan wanita dan belia di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, kerusi Bukit Bendera bukanlah perkara baharu baginya, kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha Pemuda DAP Bukit Bendera.
Sementara itu, RSN Rayer, Steven Sim, Ramkarpal Singh, dan pengerusi parti Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi Jelutong, Bukit Mertajam, Bukit Gelugor, dan Bagan.