186 kawasan berisiko kepala air ditutup mulai November

186 kawasan berisiko kepala air ditutup mulai November

Penduduk setempat diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan.

Tragedi kepala air di Telaga Tujuh, Langkawi baru-baru ini menyebabkan 44 pendaki terkandas sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains juga telah memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan rekreasi yang berisiko berlakunya kepala air.

“Saya dimaklumkan peristiwa kepala air akan berlaku dalam tempoh 30 tahun sekali seperti kejadian di Baling, Kedah.

“Lokasi yang berisiko itu akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Abdul Wahid Abu Salim.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi ‘hotspot’ banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.