
ADUN Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid berkata, pihaknya mahu polis menjalankan siasatan terhadap Tajudin kerana kenyataannya disifatkan menyentuh sentimen perkauman.
“Penyandang Parlimen Pasir Salak itu dalam wawancara tersebut membuat beberapa dakwaan dan kenyataan palsu, malah menyentuh sentimen perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya selepas membuat laporan polis bersama penyandang Parlimen Jelutong, RSN Rayer di sini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong mengesahkan dua wakil DAP membuat laporan polis berhubung perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.
Media sebelum ini melaporkan Lim yang juga pengerusi DAP mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin berhubung kenyataannya sewaktu menjadi panelis program Wacana Sinar dengan mendakwa Lim menjadikan Kementerian Kewangan sebagai “tokong Cina”, selain meminggirkan pegawai Melayu.