PRU15: Batik Air tambah 18 penerbangan harian

PRU15: Batik Air tambah 18 penerbangan harian

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Mushafiz Mustafa Bakri, berkata penerbangan tambahan itu bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Batik Air menjangkakan lonjakan permintaan ketika pilihan raya umum ke-15 nanti. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, ia menambah 18 penerbangan harian ke destinasi seperti Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 5 hingga 23 Nov.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Mushafiz Mustafa Bakri, berkata penerbangan tambahan itu dilaksanakan susulan pengumuman tarikh pengundian PRU15 untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

“Kami menjangkakan berlaku lonjakan permintaan, dan kami berharap penerbangan tambahan ini akan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia serta ahli politik semasa tempoh berkempen.

“Kami meminta pengembara untuk merancang perjalanan mereka dan memanfaatkan penerbangan tambahan yang kini tersedia untuk tempahan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial Batik Air di Facebook, Instagram dan Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.