
Gangguan perkhidmatan itu dipercayai bermula 3 petang tadi, dengan beberapa portal berita dari seluruh dunia turut melaporkan perkara sama.
India Express melaporkan perkhidmatan WhatsApp tergendala hampir di seluruh negara itu.
Antara wilayah dan bandar besar yang terjejas dengan liputan itu termasuk Mumbai, Delhi, Kolkata dan Lucknow.
Laman sesawang Downdetector pula melaporkan perkhidmatan WhatsApp tergendala hampir di seluruh dunia menyebabkan pengguna tidak boleh menghantar dan menerima mesej.
Downdetector adalah pengesan laman sesawang atau aplikasi popular yang tergendala di seluruh dunia.
Sementara itu, syarikat Meta yang memiliki WhatsApp mengakui aplikasi itu menghadapi masalah teknikal.
Jurucakap syarikat itu berkata, Meta berusaha memulihkan perkhidmatannya secepat mungkin.
Pada Oktober 2021, aplikasi itu mengalami gangguan perkhidmatan selama enam jam.