1,737 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

1,737 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

Kes baharu terdiri daripada 1,736 penularan tempatan dan satu kes import.

Daripada 26,994 kes Covid-19 yang masih dilaporkan aktif setakat semalam, 1,042 orang atau 3.9% sedang menerima rawatan di hospital.
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, berbanding 2,618 pada hari sebelumnya, dengan tiga kematian turut dicatat.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 1,736 penularan tempatan dan satu kes import.

Angka ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,845,475 kes dan 36,447 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 26,994 kes masih aktif, termasuk 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,042 orang atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,118 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.