
Hisham berkata, laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 22 Okt 2022 mendapati jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 9.5%.
Katanya, bagi katil bukan kritikal meningkat 1% direkodkan dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 2%, sejak seminggu lalu.
Purata kes aktif setiap hari sepanjang minggu lalu adalah 24,867 iaitu penurunan sebanyak 9.4% berbanding minggu sebelumnya, katanya.
“Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 0.9% daripada 11,180 kes kepada 11,078 kes. Kes kematian meningkat 70.6% daripada 17 kes kepada 29 kes,” kata Hisham.
Katanya, sebanyak 4,880,005 kes direkodkan sehingga 22 Okt, manakala 4,816,278 adalah kes sembuh.