
Beliau berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.
“Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC SA Vigneswaran.
Perdana menteri sementara itu, berkata beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.
“Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau.
Ismail yang tiba pada 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam di rumah terbuka Deepavali di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning, di sini.
Turut hadir Presiden MCA Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.