
Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz, berkata wakil parti itu akan mengadakan sekali lagi pertemuan dengan gabungan itu beberapa hari lagi
memuktamadkan pembahagian kerusi.
“Perbincangan berlangsung positif. Apa yang boleh saya katakan adalah 70% (agihan kerusi) sudah lengkap, manakala beberapa lagi merupakan kerusi bertindih,” katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
ADUN Puteri Wangsa itu berkata, Muda tidak memohon bertanding di mana-mana kawasan disandang wakil PH.
Mengulas gangguan dan provokasi sekumpulan anak muda pada acara Muda malam tadi, Amira berharap polis mengklasifikasikan semula kes itu kerana ia melibatkan serangan.
“Ia tidak sepatutnya disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman (2012) kerana kejadian itu melibatkan serangan dan bateri.
“Terdapat kecederaan dan kerosakan harta benda. Beberapa orang masih terkesan dengan kejadian itu,” katanya.
Ini adalah kejadian kedua seumpamanya di Muar melibatkan sekumpulan pemuda menyerang acara dianjurkan Muda.
Pada 17 Okt lepas, sekumpulan Mat Rempit mencemuh peserta dengan menjerit dan menghidupkan motosikal mereka untuk mengganggu ucapan Syed Saddiq.