Wanita rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya MEX

Wanita rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya MEX

Kemalangan di KM10.9 lebuh raya itu pagi tadi membabitkan dua buah kereta.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta terbakar 100%, dengan pemandunya rentung. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Seorang wanita rentung manakala lima individu lain terselamat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM10.9 Lebuhraya Maju (MEX) di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil Khairuddin Abdurrahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.14 pagi sebelum 17 anggota dan jentera daripada BBP Bukit Jalil dan BBP Pudu digegaskan ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta terbakar 100% berpunca daripada kemalangan jalan raya. Pemandunya, seorang wanita, rentung.

“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga yang turut terlibat dalam kemalangan sama pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Khairuddin berkata, kereta yang terbakar itu turut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita, dengan hanya lelaki itu mengalami kecederaan di kepala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.