Kes buli di ladang sawit: Polis rekod keterangan 3 pelajar Tingkatan 1

Kes buli di ladang sawit: Polis rekod keterangan 3 pelajar Tingkatan 1

Semalam satu video memaparkan seorang pelajar menangis selepas ditampar dan ditendang sekumpulan pelajar tular di media sosial.

Tangkap layar video kejadian seorang pelajar menangis selepas selepas ditampar dan ditendang sekumpulan pelajar, yang tular di media sosial.
SHAH ALAM:
Polis merekodkan keterangan tiga pelajar lelaki Tingkatan 1 bagi membantu siasatan kejadian buli, melibatkan seorang pelajar lelaki di satu ladang kelapa sawit di Banting, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun semalam, menyatakan anak lelakinya yang berusia 13 tahun dibuli.

“Punca kejadian dipercayai pelajar-pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak hadir bertemu guru disiplin berikutan kegiatan mereka ponteng sekolah pada 12 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.”

Semalam, satu video memaparkan seorang pelajar menangis selepas ditampar dan ditendang beberapa kali oleh sekumpulan pelajar tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.