Keputusan rayuan lepasan STPM ke UA diketahui Selasa ini

Keputusan rayuan lepasan STPM ke UA diketahui Selasa ini

Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, keputusan itu boleh disemak bermula 12 tengah hari pada Selasa ini.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya dan ia boleh dicetak mulai 26 Okt.
KUALA LUMPUR:
Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 boleh disemak mulai Selasa ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon boleh menyemak keputusan mulai 12 tengah hari pada 25 Okt hingga 5 petang pada 30 Okt di https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Keputusan rayuan juga boleh disemak melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket menerusi telefon pintar dengan pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Okt di laman web rasmi UA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Okt setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan,” menurut kenyataan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.