
Ketua bahagiannya, Ramlan Askolani, berkata kehadiran Nooryana ke mesyuarat bahagian Lembah Pantai minggu lalu atas kapasitinya sebagai ahli kawasan berkenaan serta menyampaikan pesanan Najib untuk memperkukuhkan parti.
Ramlan yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah berkata, nama beliau merupakan calon pertama yang dipersembahkan kepada pimpinan tertinggi parti.
“Nama-nama luar saya tak berani nak kata (jadi calon), untuk Umno bahagian nama saya pilihan pertama,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Ramlan berkata Nooryana mungkin mempunyai harapan untuk menjadi ketua puteri Umno baharu, menggantikan Masliha Harun yang telah melebihi usia 35 tahun.
“Kemungkinan besar kita boleh usahakan dia ketua puteri bahagian,” katanya.
Pada PRU14, Parlimen Lembah Pantai dimenangi Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dengan majoriti 5,598 undi.