
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,561 kes semalam berbanding 2,295 kes pada hari sebelumnya, manakala lapan kematian dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 2,553 penularan tempatan dan lapan kes import.
Angka terbaru ini menjadi menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,875,131 kes, dengan 36,437 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,636 kes masih aktif, termasuk 51 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,102 orang atau 4.3% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,248 pesakit dilaporkan sembuh.