
Chan Kam Kin, 44, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian haiwan terbabit pada 7.30 malam.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Kailash Sharma yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia lapan tahun serta tidak berpendapatan tetap.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jan 2023 untuk sebutan kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan berikutan laporan polis yang diterima berhubung tindakan suspek mencampak kucing jirannya dari tingkat 15 sebuah pangsapuri.