
Menteri pembangunan luar bandar sementara itu berkata, masih ada masa sebelum perkara itu dimuktamadkan kerana tarikh penamaan calon ialah 5 Nov depan seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tak banyak dah yang nak diselesaikan (muktamadkan senarai calon),” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB di sini.
SPR menetapkan 19 Nov sebagai hari mengundi bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Ditanya sama ada terdapat muka baharu yang bertanding pada PRU15, penyandang kerusi Parlimen Padang Terap itu berkata: “Perkara itu sudah tentu dan itulah yang sering berlaku dalam setiap PRU.”