
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Balai Polis Tikam Batu, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun bersama ibu dan bapanya pergi ke rumah ibadat berkenaan untuk bersembahyang.
“Suspek berusia 55 tahun kemudian meminta mangsa naik ke tingkat satu tokong untuk mengajarnya ilmu keagamaan.
“Ketika di dalam bilik, mangsa mendakwa dicabul individu terbabit yang dikenali ibu bapanya kerana lelaki itu pernah mengubati ibu mangsa sebelum ini.
“Bagaimanapun, mangsa tidak pasti sama ada suspek merogolnya atau tidak kerana semasa kejadian keadaan di dalam bilik itu gelap sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira 4 petang,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Zaidy berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan dan keputusan pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati tiada kesan koyakan “hymen intact” di kemaluan mangsa.
Katanya, mangsa kini dirujuk kepada pakar kaunseling D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk membantunya dari segi emosi, manakala suspek ditahan reman tujuh hari.
“Lelaki itu ditahan semalam dan kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.