BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor, kata Ismail

BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor, kata Ismail

Penyandang kerusi Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya berpaling tadah dan menyertai Bersatu pada 2019 selepas memenangi kerusi itu menerusi BN.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata BN akan memastikan Parlimen Tasek Gelugor kembali menjadi milik gabungan itu.
TASEK GELUGOR:
Barisan Nasional (BN) akan menuntut semula kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang “dirampas” daripada gabungan itu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Parlimen Tasek Gelugor adalah kubu kuat BN, dimenangi oleh calonnya Shabudin Yahaya daripada Umno. Bagaimanapun, beliau berpaling tadah dan menyertai Bersatu pada 2019.

“Saya datang ke Tasek Gelugor bukan kerana saya tidak sayangkan kerusi Parlimen lain. Saya datang kerana kerusi ini kerusi kita (BN), dan ia dirompak daripada kita,” katanya dalam majlis di sini.

“Sebab itu saya mahu pastikan kerusi ini kembali kepada kita (BN) pada PRU15.

“Dan melihat kepada orang ramai di sini, saya yakin Tasek Gelugor akan berada dalam genggaman kita pada PRU15.”

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di kerusi Tasek Gelugor, namun penyandangnya Shabudin Yahaya daripada Umno berpaling tadah menyertai Bersatu, pada 2019.

Dalam pada itu, Ismail juga menyangkal dakwaan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2023 hanya akan menguntungkan taikun, sambil menyatakan RM2.55 bilion diperuntukkan bagi pembangunan kawasan luar bandar dan infrastruktur.

“Siapa yang akan mendapat manfaat dari bajet? Kontraktor G1 dan G2, bukan taikun,” katanya.

Mengulas berhubung Bajet 2023, Ismail berkata, beliau tidak dapat meluluskan dana diperuntukkan bawah bajet itu susulan pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, beliau boleh berbuat demikian sekiranya diberi peluang membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

“Kuasa (undi) di tangan anda.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.