Ketua jabatan bergelar Datuk disyaki terima rasuah, salah guna kuasa

Ketua jabatan bergelar Datuk disyaki terima rasuah, salah guna kuasa

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
PETALING JAYA:
Seorang ketua jabatan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek dipercayai menerima rasuah dan menyalahguna kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

“Perolehan empat kenderaan yang dibuat itu berjumlah lebih RM290,000 bertujuan untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut,” katanya.

Sumber berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.