
Noor Hisham berkata, laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 15 Okt 2022 mendapati jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 16.7%.
Katanya, bagi katil bukan kritikal, tidak perubahan direkodkan dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 2% sejak seminggu lalu.
Purata kes aktif setiap hari sepanjang minggu lalu adalah 22,725 iaitu penurunan sebanyak 3% berbanding minggu sebelumnya, katanya.
“Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 13.2% daripada 12,882 kes kepada 11,180 kes. Kes kematian menurun 29.2% daripada 24 kes kepada 17 kes,” kata Noor Hisham.
Katanya lagi, sebanyak 4,865,480 kes direkodkan sehingga 15 Okt manakala 4,805,200 adalah kes sembuh.