
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,712 kes semalam, berbanding 2,090 kes yang direkodkan kelmarin, dengan dua kematian dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW yang dikemaskini setakat 8.22 pagi ini, kes-kes baharu itu terdiri daripada 1,710 penularan tempatan dan dua kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,867,192 kes, dengan 36,417 kematian dicatatkan.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 23,892 kes masih aktif, termasuk 36 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,002 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,699 pesakit dilaporkan sembuh.