
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan belanjawan tahunan persekutuan pada 7 Okt lepas, mengumumkan peruntukan RM372.3 bilion. Jumlah ini mewakili peningkatan sebanyak RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.
Kira-kira RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM95 bilion untuk pembangunan.
Ismail kemudian mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pengundian Khamis ini.
Selepas PRU15, selain belanjawan (RUU Perbekalan 2023), kerajaan baharu perlu membentangkan semula enam rang undang-undang lain di Dewan Rakyat.