70% calon BN muka baharu

70% calon BN muka baharu

BN juga akan cuba memenuhi permintaan 30% daripada calon BN adalah wanita.

Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, selain berkomitmen tinggi membantu rakyat.
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) akan menampilkan sekurang-kurangnya 70% muka baharu sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, selain berkomitmen tinggi membantu rakyat.

Menurut ketua Umno Bahagian Bagan Datuk itu, pihaknya juga akan cuba memenuhi permintaan agar 30% daripada calon BN adalah wanita.

Beliau mengakui keputusan itu sukar, namun ia perlu dilakukan bagi memastikan rakyat dapat melihat BN melakukan perubahan bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Saya perlu berlaku adil dan selaku presiden parti dan pengerusi BN, perlu juga untuk saya kekalkan muka lama agar gandingan itu mantap dan seimbang,” katanya dipetik Bernama ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan, pemilihan calon sepenuhnya belum dimuktamadkan dan masih dalam penelitian kepimpinan tertinggi parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.