
Mereka kini boleh melakukan perjalanan dalam kelas perniagaan jika layak menurut arahan yang dikeluarkan pada 2020.
Dalam pekeliling bertarikh 3 Okt, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidon berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan menarik balik peraturan itu dalam mesyuaratnya pada 30 Sept.
Penjawat awam Gred 53 dan ke atas serta pegawai polis berpangkat SAC ke atas layak membuat perjalanan udara dengan tiket kelas perniagaan, manakala hanya tiket kelas ekonomi dibenarkan bagi penjawat awam lain.
Bagi perjalanan ke luar negara, penjawat awam Gred Super A dan timbalan ketua polis negara dan ke atas layak untuk tiket kelas pertama, manakala Gred 53 hingga Super Gred B layak untuk kelas perniagaan. Pegawai lain hanya layak bagi tiket kelas ekonomi.
Pada Julai, Perbendaharaan mengumumkan beberapa langkah penjimatan kos untuk penjawat awam di semua peringkat bagi mengetatkan perbelanjaan kerajaan, dengan memetik sebab inflasi global dan peningkatan kos barangan.
Antara langkah itu termasuk perjalanan udara domestik kelas ekonomi untuk pegawai semua gred dan had bilangan pegawai yang dibenarkan ke luar negara bersama menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan.