Fenomena air pasang besar diramal berlaku hingga Khamis

Fenomena air pasang besar diramal berlaku hingga Khamis

Nadma berkata antara kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata berkemungkinan air pasang besar menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma menerusi perkongsian di Facebook, memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut Nadma, fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu.

Maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.my

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.