Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok.

Kenyataan Ahli MKT Umno, Mohd Puad Zarkashi berhubung ‘raya’ dan ‘pilihan raya’ menguatkan lagi spekulasi Parlimen dibubarkan esok.
PETALING JAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook.

Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times.

Pemimpin Umno sebelum ini mendesak Ismail membubarkan Parlimen segera supaya pilihan raya umum boleh diadakan pada tahun ini tetapi ditolak parti pembangkang dengan alasan risiko musim banjir dan masalah ekonomi negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.