PM jumpa ‘Top 5’ Umno selepas hadap Agong

PM jumpa ‘Top 5’ Umno selepas hadap Agong

Menurut laporan, tidak pasti apa tujuan pertemuan itu, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri Yaakob dilaporkan terus ke Menara Dato Onn untuk menghadiri pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi Umno, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 4 petang tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menemui lima pemimpin tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu pada 5 petang tadi.

Berita Harian melaporkan Ismail yang juga naib presiden Umno, terus ke Menara Dato Onn untuk menghadiri pertemuan itu, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 4 petang tadi.

Menurut laporan itu, tidak pasti apa tujuan pertemuan “Top 5” itu, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan pembubaran Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.