Bentang atau tak tunggu esok, kata PM berkait Bajet 2023

Bentang atau tak tunggu esok, kata PM berkait Bajet 2023

Perdana menteri berkata tiada 'suspense' jika beliau memaklumkan sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan esok.

Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak menunggu esok bagi menjawab teka-teki sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen semakin kencang.

“Macam-macam spekulasi ada, ada kata bentang, ada kata tak bentang, jadi lebih baik spekulasi itu diteruskan sampai esok, baru tahu jawapannya,” katanya selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan.

“Tunggulah esok, kalau saya sebut bentang hari ini, sudah tiada ‘suspense’ (debaran),” katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dijangka membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

Dalam tinjauan hari ini, Ismail bertemu petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dengan penyediaan Bajet 2023 serta meninjau bilik operasi penyediaan bajet.

Beliau turut berterima kasih kepada petugas Kementerian Kewangan yang bertungkus lumus menyediakan Bajet 2023, dan menurutnya beliau mendapat maklumat kebanyakan mereka sudah tiga minggu tidur di kementerian bagi menyediakan belanjawan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.