
Sembah taklimat secara tertutup atas titah Seri Paduka itu bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi terlibat untuk menghadapi monsun timur laut yang dijangka bermula pertengahan November depan dan berakhir pada Mac 2023.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10.25 pagi disambut Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Sembah taklimat itu dijadualkan bermula dengan keadaan cuaca dan persiapan banjir daripada JPS serta MetMalaysia seterusnya berhubung situasi terkini Covid-19 dan kesediaan Kementerian Kesihatan menghadapi banjir oleh Khairy.
Selepas sesi tersebut, baginda dijadual melawat Pusat Kawalan PRABN, di sini.