
Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, Wan Junaidi berkata, RUU itu diwartakan pada 6 Sept selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan terhadap pindaan perlembagaan itu pada 31 Ogos lalu.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga akan memberi tarikh untuk RUU itu dikuatkuasakan di peringkat negeri, dengan perkenan raja dan dipertua negeri di negeri masing-masing.
“Melalui pindaan ini, Dewan Undangan Negeri boleh meluluskan pindaan pada perlembagaan negeri masing-masing.
“Ini kerana, permulaan kuat kuasa undang-undang di peringkat negeri bergantung kepada kuat kuasa undang-undang di peringkat persekutuan. Beberapa negeri seperti Perak, Penang, Selangor dan Negeri Sembilan menyambut baik cadangan perlaksanaan ini,” katanya.