Harga siling minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 mulai 8 Okt

Harga siling minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 mulai 8 Okt

Harga siling minyak masak botol 1kg, 2kg dan 3kg pula ditetapkan pada RM7.10, RM13.50 serta RM19.50.

Harga siling baharu bagi minyak masak botol itu berkuat kuasa mulai Sabtu ini hingga 7 Nov nanti.
PETALING JAYA:
Kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga siling minyak masak botol 5kg sebanyak RM2, daripada RM33.50 kepada RM31.50 mulai Sabtu ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kenyataan berkata, harga siling minyak masak botol 1kg, 2kg dan 3kg pula ditetapkan pada RM7.10, RM13.50 serta RM19.50.

Pada 1 Julai lalu, kerajaan menghapuskan subsidi minyak masak botol dan menggantikannya dengan harga kawalan.

Sebelum 1 Julai lalu, harga minyak masak botol bermula daripada RM29.70 untuk 5kg, RM18.70 (3kg), RM12.70 (2kg) dan RM6.70 (1kg).

Bulan lalu, harga siling minyak masak botol 5kg ditetapkan pada RM33.50, manakala 3kg, 2kg dan 1kg pula ditetapkan pada RM21.10, RM14.30 dan RM7.50.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.