‘Nak jadi pusat pemindahan sementara atau tempat mengundi’? soal Rina

‘Nak jadi pusat pemindahan sementara atau tempat mengundi’? soal Rina

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata lebih 10,000 bakal diwarta PPS meliputi sekolah, balai raya, dewan dan pada masa sama fasiliti itu juga akan dijadikan sebagai pusat mengundi serta pusat daerah mengundi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata pemimpin politik perlu rasional jika mahu mengadakan pilihan raya pada waktu diramal banjir berlaku.
SHAH ALAM:
Dianggarkan lebih 10,000 pusat pemindahan sementara (PPS) bakal diwartakan jika sekolah berasrama penuh turut dijadikan fasiliti berkenaan bagi persiapan menghadapi bencana banjir, hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, berkata sehingga kini kementeriannya telah mengenal pasti 6,010 PPS untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu meliputi sekolah, balai raya, dewan dan pada masa sama fasiliti ini juga akan dijadikan sebagai pusat mengundi serta pusat daerah mengundi.

“Sebab itu dalam keadaan sekarang kita perlu rasional. Jika diadakan pilihan raya sekarang, bermakna ia di waktu kita ramalkan banjir akan berlaku.

“Kita nak jadikan PPS atau nak dijadikan tempat membuang undi? Semangat kita berkobar untuk pilihan raya tapi dalam masa masalah rakyat juga perlu diutamakan,” katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor.

Negara diramal mengalami fasa peralihan monsun bermula pada esok hingga November ini yang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.