Hormat keputusan pinda perlembagaan DAP, Guan Eng tegur Liu

Hormat keputusan pinda perlembagaan DAP, Guan Eng tegur Liu

Pengerusi DAP berkata langkah meminda perlembagaan parti penting jika serius dalam usaha menyingkirkan 'katak' politik.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng meminta ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu menghormati keputusan perwakilan meminda perlembagaan parti pada kongres khas baru-baru ini.
GEORGE TOWN:
ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu harus menghormati keputusan perwakilan DAP meminda perlembagaan parti untuk memecat wakil rakyat yang tidak mengikut arahan parti dalam isu asas, kata pengerusinya, Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian susulan kenyataan Liu, ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, bahawa parti itu mungkin tidak lagi “demokratik”, dan beliau mesti sudah disingkirkan daripada parti jika pindaan itu dilaksanakan pada masa lalu.

Lim mengulangi bahawa peruntukan baharu berhubung pemecatan itu adalah untuk menutup “kelompongan” dalam undang-undang anti-lompat akan datang, yang membenarkan seorang Ahli Parlimen kekal di kerusinya walaupun tidak sejajar dengan parti.

“Jika kita serius dalam menyingkirkan ‘katak’ politik, langkah ini penting. Bukan sahaja DAP, malah parti lain turut berbuat perkara sama,” katanya selepas menghadiri sebuah acara di sini.

“Ada yang tidak mahu melepaskan (jawatan) wakil rakyat. Mereka mengingkari arahan parti, tetapi tidak meninggalkan parti.

“Mereka yang terus mengingkari arahan parti, berkelakuan tidak jauh seperti Barisan Nasional, MCA, malah Perikatan Nasional, tetapi kekal dalam DAP … bukankah mereka seperti duri dalam daging?

“Ini sama seperti yang rupanya seperti katak, berkelakuan dan bercakap seperti katak, tetapi tidak dikira katak kerana tidak letak jawatan.”

Ketika kongres khas DAP pada 25 Sept, DAP meluluskan usul untuk meminda perlembagaannya bagi melindungi parti itu daripada “kelompongan” dalam undang-undang anti-lompat.

Keputusan ini dibuat susulan langkah serupa oleh Amanah, yang juga parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.