
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, wanita tersebut yang merupakan seorang guru berusia 54 tahun sampai ke tempat kejadian dengan berjalan kaki dari arah Kota Bharu ke Tumpat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.31 petang selepas wanita itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan semasa berada di atas jambatan tersebut.
“Saksi telah menahan mangsa yang dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu. Saksi berkenaan membantu wanita terbabit sebelum dia dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat,” katanya menurut laporan Kosmo.
Ujarnya, selepas disiasat, wanita itu memberitahu sebab dia bertindak sedemikian adalah kerana masalah rumah tangga dan kemurungan.
Rosdi berkata, wanita terbabit telah dirujuk ke hospital dan tiada sebarang kecederaan dialaminya dalam kejadian tersebut.
Terdahulu, tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang wanita berpurdah yang cuba terjun dari jambatan, berjaya diselamatkan dan ditenangkan oleh orang awam.
Menurut saksi, wanita itu dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu pada 1.40 tengah hari sebelum diselamatkan pengguna jalan raya.