Beri bantuan tunai RM500 kepada pemandu teksi, e-panggilan, kata persatuan

Beri bantuan tunai RM500 kepada pemandu teksi, e-panggilan, kata persatuan

Gabungan Teksi SeMalaysia berkata ia perlu selepas kumpulan itu terjejas dalam tempoh PKP dan berlaku kenaikan harga barang.

Pemandu teksi masih belum pulih daripada kesan pandemik, kata Gabungan Teksi SeMalaysia.
PETALING JAYA:
Kumpulan yang mewakili pemandu teksi menggesa Putrajaya memperuntukkan bantuan tunai RM500 untuk pemandu teksi dan e-panggilan dalam Belanjawan 2023 nanti.

Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain, berkata bayaran secara `one-off’ itu perlu selepas perintah kawalan pergerakan dalam tempoh dua tahun lalu dan kenaikan harga barangan menjejaskan kehidupan pemandu teksi.

“Atas sebab itu, kami meminta dan berharap kerajaan akan memberikan bantuan khas RM500 kepada semua ahli termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami berharap rayuan kami dipertimbangkan,” kata Kamarudin dalam surat kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt selepas diawalkan dari tarikh sepatutnya pada 28 Okt.

Pendapatan pemandu teksi dan e-panggilan terjejas sepanjang pandemik ini akibat penurunan jumlah penumpang yang ketara.

Penarikan balik larangan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa negara serta kedatangan semula pelancong memberi sedikit kelegaan kepada pemandu teksi.

Bagaimanapun, negara kini berdepan pula dengan kenaikan harga barang akibat tekanan inflasi global.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.