
R Sutharshanan, 37, dari Taman Tompoi Utama, Johor Bahru, dituduh melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Syarikat Cap Keluarga Sales and Services Sdn Bhd di Seberang Perai Tengah, dari 17 Feb hingga 8 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan Sutharshanan yang diwakili peguam Hari Prassaad Rao diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak.