
Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah memberitahu FMT, semua suspek yang terbabit dalam kejadian awal pagi itu sudah dikenal pasti, tetapi masih mengesan sebahagian daripadanya.
Setakat ini, tiga lelaki sudah ditahan.
Ashari berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Katanya, mangsa mabuk ketika kejadian berlaku.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Satu klip video tular di media sosial menunjukkan warga Australia itu berlumuran darah akibat dipukul lima hingga enam lelaki sebelum dia rebah.
Seorang daripada suspek dipercayai menggunakan objek dipercayai senjata tajam yang menyebabkan leher, badan dan tapak tangan mangsa cedera.