
Katanya, Najib yang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana dakwaan rasuah berkaitan SRC International mendapat layanan sama seperti banduan lain.
“Mengarut, tidak masuk akal langsung,” katanya kepada wartawan ketika perbicaraan 1MDB yang dihadapi Najib berhenti rehat sementara.
Shafee mengulas tindakan seorang ahli perniagaan yang membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendesak siasatan terhadap dakwaan di media sosial bahawa Najib menerima layanan istimewa di penjara.
Ahli perniagaan itu, Sheikh Fahmi Sheikh Jaafar, berkata, sekiranya dakwaan itu benar, polis mesti mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Tambahnya, sekiranya dakwaan itu tidak benar, polis juga mesti mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin itu.