
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Tan Cheng San, berkata dalam operasi bermula 2.30 pagi, polis menahan enam lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu kerana melakukan aksi menduga kelakuan dan disyaki mereka turut terlibat dalam lumba haram.
“Enam lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes mereka disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan malam semalam.
Tan berkata dalam operasi itu, polis turut menyita 30 buah motosikal dan mengeluarkan 127 keping saman terhadap penunggang motosikal, atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata operasi itu akan dijalankan secara berterusan, dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan, serta orang ramai terutama remaja dinasihatkan agar tidak terlibat kegiatan tersebut, kerana ia menyalahi undang-undang.