
Katanya, pengumuman presiden Bersatu adalah bertentangan dengan pendirian PAS susulan kenyataan setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan, yang tidak melihat BN sebagai musuh, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau mendakwa, kenyataan Muhyiddin yang dibuat sempena sambutan ulang tahun Bersatu, semalam, juga menyaksikan ketiadaan pemimpin PAS.
“Kelihatan mungkin telah ada retak menanti belah dalam kalangan mereka,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Semalam, Muhyiddin mengingatkan ahli partinya bahawa BN adalah musuh utama gabungan itu yang perlu dilawan, pada PRU15.
Bekas perdana menteri yang juga Presiden Bersatu berkata, parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.
Pada 20 Sept, Takiyuddin menyatakan PAS sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15, sebaliknya menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya.