
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” menurut hantaran itu.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan berterusan.
Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, felo terhormat RSCEd yang juga canselor diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.