
Ketua Polis Seremban Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 70-an itu pada 8.25 malam.
“Siasatan mendapati beberapa barang peribadi milik wanita itu telah tiada dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Susulan itu, katanya, polis meminta Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan tampil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta orang ramai dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu, sebaliknya menyalurkan maklumat kejadian kepada pegawai penyiasat Fauzan Azima Razak di talian 06-6033 222.